PRODUK UTAMA


DashVision™ adalah platform penghantaran mudah alih yang diintegrasikan dengan sistem korporat seperti Oracle, Sybase, Sap, dan lain-lain. Ia adalah akses menyeluruh bagi data EIS, kandungan dan servis di bawah satu platform yang menyediakan respon pantas dan sekuriti. DashVision membolehkan akses maklumat pada masa sebenar, akses sistem operasi dan platform untuk memudahkan operasi perniagaan dan maklumat eksekutif.

OnPay™ adalah penyelesaian pembayaran online secara komprehensif yang membantu perniagaan atas talian menerima pembayaran atas talian seperti kad kredit dan pembayaran terus dari bank tempatan. Ia juga menyediakan kemudahan pembeli atas talian untuk membeli barangan dan servis secara atas talian. Dengan ONPAY™, pelanggan boleh membuat transaksi bayaran secara atas talian dengan selamat. Ia juga mempercepatkan proses pembayaran dan pengesahan kepada pelanggan.

FlexSales™ adalah penyelesaian jualan yang membolehkan jurujual untuk mengemaskini dengan pelanggan dan jualan penutupan. Ia juga merupakan akses menyeluruh untuk eksekutif mendapatkan jumlah jualan seseorang. Ia boleh meningkatkan pertumbuhan jualan seiring dengan mengemaskini pelanggan dan jualan penutupan. Dengan FlexSales, ia menyediakan penyelesaian jualan dengan efektif untuk meningkatkan pulangan jualan.

TopAgent™ ialah penyelesaian komprehensif insurans bergerak yang menyediakan paparan untuk eksekutif korporat dan juga penyerahan borang pada waktu nyata (tandatangan digital) untuk agen, penyelia dan pengurus. TopAgent memudahkan dan mempercepatkan pengiraan insurans premium dalam satu aplikasi dan juga membolehkan untuk menentukan jumlah bulanan ansuran peribadi atau pinjaman perniagaan. Ia adalah aplikasi menyeluruh yang membolehkan pengiraan pembayaran bulanan dengan kadar segera, jumlah faedah dan jumlah premium.

DashEvent™ merupakan aplikasi pengesan acara untuk kegunaan operasi. Ia memudahkan pengurus dan penyelia untuk memantau operasi dan meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti. DashEvent membolehkan pengurus acara dan penganjur untuk membenarkan akses pelawat ke acara melalui alatan mudah alih. Ia berfungsi dalam semua tablet atau telefon yang dilengkapi dengan web untuk tempahan tiket ataupun acara.

DashForm™ ialah aplikasi inovatif mudah alih yang membolehkan pengguna untuk menghantar borang secara elektronik menggunakan telefon mudah alih. DashForm™ dilengkapi dengan ciri-ciri yang hebat dan ia lebih mudah dan cepat untuk mendapatkan semula data yang terdahulu untuk rujukan pada masa hadapan.


DashMedia™ adalah satu sistem media yang menyediakan blog, e-dagang, paparan statik dan pengalaman pengguna. Komunikasi, pengiklanan dan pemasaran di media talian untuk menyokong pertumbuhan pelanggan baru. DashMedia™ adalah aplikasi berasaskan web yang membolehkan pengguna untuk mengakses di mana sahaja di samping memenuhi keperluan dan spesifikasi yang diiginkan.


SMART-TRACK™ - PENYELESAIAN PENGESAN KESELAMATAN

Smart-Track™-TAS Sistem Waktu Kehadiran adalah penyelesaian mudah alih yang komprehensif yang mengautomasikan pengurusan, pengumpulan, dan pengagihan jam kerja pekerja dalam masa sebenar, berbanding dengan masa konvensional dan sistem kehadiran. Smart-Track™-TAS menyeragamkan dan melicinkan prosedur kehadiran dan mendapatkan maklumat tepat pekerja selain menyimpan maklumat sulit pekerja.

Smart-Track™-VMS  ialah sistem pengurusan pelanggan yang komprehensif untuk pendaftaran masuk dan keluar pelawat. Sistem ini memudahkan proses pendaftaran pelawat dengan mendapatkan maklumat melalui MyKad. Analisis dan laporan dapat dijana dan menghasilkan tugas lain secara produktif.


Smart-Track™ SDA ialah sistem keselamatan pengaksesan pintu yang dilengkapi dengan kawalan, pengurusan dan pentadbiran secara selamat untuk organisasi. Dengan sistem ini, maklumat pengaksesan pintu dapat dikumpul dan digunakan untuk laporan dan analisis. Ia dapat mengawal dan mengesan akses keselamatan sesuatu kawasan dengan menawarkan fleksibiliti. Ia juga boleh mendapatkan maklumat seseorang untuk akses masuk dan juga keluar.

SmartTrack™ - Mobile Wireless SmartCard dibangunkan khusus untuk alatan mudah alih untuk melihat dan mendapatkan maklumat SmartCard. Ia membolehkan pengguna untuk melihat, mengesahkan dan mengemaskini maklumat. Ia juga membolehkan kemasukan data di luar talian pada Blackberry dan kad memori, memudahkan pengendalian alatan dan sistem mesra pengguna bersama paparan pelbagai bahasa.

Smart-Track™-ATM ialah sistem yang membantu organisasi dalam setiap aspek aset mereka dalam pengurusan aset, pengesanan aset, servis aset, pesanan pembelian aset, kontrak dan invois dalam satu paparan. Ia adalah aplikasi web yang membolehkan pengguna untuk akses dari mana sahaja yang menyokong radio frequency identification (RFID) dan pengimbas kod bar. Ia juga menyokong akses mudah alih melalui PDA.

PENYELESAIAN PERNIAGAAN

DashGeo™ ialah sistem media yang menyediakan pengalaman penggunan yang unik untuk mengakses maklumat dalam satu platform. DashGeo™ adalah sistem grafik visual yang direka untuk mendapatkan, mengumpul, memanipulasi, menganalis dan membentangkan semua jenis data geografi. Sistem ini membolehkan pengguna untuk melihat, mentafsir dan menggambarkan dalam bentuk peta.

EduSys™ merupakan sistem pengurusan pendidikan menyeluruh yang menyediakan pengurusan maklumat pelajar dengan lengkap berdasarkan penilaian, kewangan, penginapan, kemudahan dan perkhidmatan pelajar. Ia juga penyelesaian menyeluruh yang mengautomasikan, memperkemaskan dan mengawal setiap proses dan prosedur. Kelebihan EduSys™ ialah menyediakan nilai tambah kepada pelajar dan mengurangkan pentadbiran institusi.

FMS™ menawarkan sistem bersepadu pengurusan penyelenggaraan bangunan termasuk perancangan dan penjadualan, pencegahan penyelenggaraan, inventori, pembelian dan kemudahan laporan untuk penyelenggaraan operasi dengan efektif. FMS™ memastikan penyelenggaraan rutin berjalan lancar dengan ciri-ciri untuk automat pengurusan penyelenggaraan.


FlexVision™ ialah sistem komprehensif maklumat eksekutif yang membolehkan organisasi mendapatkan maklumat kritikal untuk eksekutif melakukan perancangan dan membuat keputusan. Sistem ini menyediakan kemudahan teknologi terkini bagi membantu eksekutif dalam menganalisa maklumat dalam bentuk visual.


DashMarket™ adalah sistem pemasaran terkini yang paling berkesan dan kos yang cekap. Ia menyediakan komunikasi dua hala langsung antara syarikat dan pelanggan mereka supaya boleh meningkatkan jualan perniagaan mereka dengan cara yang berkesan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan melalui peranti mudah alih. Dashmarket ™ membolehkan pelanggan untuk mudah mengetahui tawaran istimewa dan mengakses hadiah dan mata ganjaran yang ditawarkan oleh perniagaan.

DashLoan™ ialah penyelesaian mudah alih terkini bagi memudahkan pegawai pinjaman bank untuk memberi kelulusan atau penolakan pinjaman. Ia juga menyediakan kemudahan semakan kredit dengan bank pusat berdasarkan sejarah kemudahan kredit pemohon. Produk ini menguruskan semua pinjaman termasuk pinjaman pajak gadai, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman belajar dan pinjaman pajakan.

PowerSMS™adalah satu sistem mesej yang termaju dan disertakan dengan SMS Appliance Engine yang dilengkapi dengan kebolehan dua arah permesejan yang tinggi. Ia direka untuk pelanggan korporat yang memerlukakan platform komunikasi yang kos efektif dan efisien untuk menyampaikan maklumat kepada pelanggan yang ramai dan ini termasuklah pengguna telefon bimbit.


Secure SMS™ adalah sistem pesanan mudah alih yang menyediakan perlindungan maksimum untuk pengguna telefon bimbit menghantar pesanan sulit. Ia adalah aplikasi komunikasi yang menyediakan standard keselamatan yang tinggi dan diperkukuhkan dengan kata laluan cipher untuk enkrip kandungan pesanan.